Bas Di Hong Kong Ini Dilancarkan Khas Untuk Individu Yang Senang Tertidur Ketika Naik Kenderaan

30 Oct 2021 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau anda sering menaiki pengangkutan awam seperti LRT, KTM atau bas, mesti selalu juga anda nampak penumpang lain tertidur dalam tu terutamanya ketika waktu puncak. Mana taknya, mereka kena bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja, jadi memang penat.

Di Hong Kong pula, sebuah perkhidmatan bas khas telah dilancarkan untuk mereka yang sering tertidur ketika menaiki kenderaan awam ini.

Menurut Huffpost, perjalanan bas yang memakan masa selama lima jam itu telah diinspirasikan oleh pengguna public transport di negara itu yang sering tertidur dalam perjalanan.

Bas itu juga difahamkan akan bergerak sejauh 76 kilometer di sekitar Hong Kong. Pengurus pemasaran syarikat pelancongan bas itu yang dikenali sebagai Kenneth Kong berkata,

Saya mendapat idea untuk melancarkan perjalanan bas tidur ini setelah melihat satu status di media sosial rakan saya yang mengatakan dia tak dapat tidur pada waktu malam kerana stres bekerja,” katanya.

Rakannya itu walau bagaimanapun mengatakan dia dapat tidur dengan nyenyak setiap kali menaiki bas.

image is not available

Nampaknya perjalanan bas tidur ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sebab baru je dilancarkan namun tiket dah habis terjual pada hujung minggu lalu.

Ada penumpang yang menghadapi masalah insomnia pula mengatakan dia sengaja sertai perjalanan bas tersebut untuk senang terlelap.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.