Servis Bukan Biasa-Biasa, Rider Foodpanda Siap Kejut Customer Bangun Tidur

Entertainment
25 Oct 2021 • 10:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak Malaysia mula banyakkan servis penghantaran makanan terus ke rumah, memang bertubi-tubi pesanan yang sering diterima. Tambah pula, servisnya yang memudahkan orang ramai dan juga menjimatkan masa.

Lagi satu, bila sebut tentang servis penghantaran makanan, mesti ramai yang akan terus terbayang rider Foodpanda yang boleh dikatakan ada di mana-mana premis makanan.

Namun, viral di TikTok baru-baru ini tentang satu servis dari rider Foodpanda yang dikatakan bukan biasa-biasa. Mana taknya, dalam video yang dikongsikan oleh @maryamlegacy, dia menunjukkan seorang rider terus hantar makanan ke dalam bilik pelanggannya.

@maryamlegacy

#foodpandamalaysia

♬ Laughing Hard – Tik Tok

Difahamkan, rider tersebut sampai sanggup kejut sendiri pelanggannya yang sedang tidur di dalam bilik hanya untuk menyampaikan pesanannya. Lebih mencuit hati, pelanggan itu siap membuat pembayaran di biliknya juga. Situasi itu telah menyebabkan orang-orang di rumah ketawa sakan kerana terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Turut terhibur adalah netizen di bahagian komen kerana video itu mendapat pelbagai reaksi yang positif. Rata-rata memberi pujian kepada rider itu yang sanggup untuk hantar terus makanan kepada pelanggannya.

“Ni baru betul penghantaran terus kepada anda…” – Netizen

image is not available

Disebabkan situasi itu juga, ramai yang terus memberi sokongan kepada rider-rider Foodpanda yang bertungkus-lumus membuat penghantaran kepada pelanggan demi untuk sampai tepat pada waktunya. Apa yang penting, rider-rider Foodpanda mestilah jaga juga keselamatan anda semua supaya tiba ke tempat pelanggan dengan selamat.

Hmmm… Min nak order apa untuk lunch nanti eh? Alamak, masih dalam waktu sarapan lagi lah..

Baca: “Abg Panda lagi” – Netizen Terhibur Tengok Rider Makanan Tolong Siapkan Order Di Restoran

image is not available

TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.