Apple One Premier tambah Fitness+ dan iCloud 2TB untuk keluarga di Malaysia

Digital
26 Oct 2021 • 1:21 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Selain ketibaan perkhidmatan Apple Fitness+ di Malaysia tidak lama lagi, Apple turut mengumumkan kedatangan Apple One Premier. Malaysia merupakan salah satu negara baharu yang ditambah boleh melanggannya tidak lama lagi.

Apple One Premier telah sedia ada di Australia, Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mulai 4 November 2021, ia boleh dilanggan di Malaysia, Austria, Brazil, Colombia, Perancis, Jerman Indonesia, Ireland, Itali, Mexico, New Zealand, Portugal, Russia, Arab Saudi, Sepanyol, Switzerland, dan Emiriah Arab Bersatu.

Harga Langganan

Pengguna Apple di Malaysia boleh melanggan perkhidmatan Apple One Premier, pada harga RM69.90/bulan. Ia boleh digunakan bersama 5 lagi ahli keluarga dalam satu bayaran.

Sebelum ini, Apple telah menyediakan perkhidmatan Apple One di Malaysia. Ia merangkumi langganan Apple Arcade, Apple Music, Apple TV+ dan storan awan iCloud. Pengguna boleh melanggan Apple One untuk peribadi berharga RM19.90/bulan atau sekeluarga bersama 5 lagi akaun berharga RM33.90/bulan.

Apple One Premier menambah satu lagi perkhidmatan berbanding Apple One, iaitu Fitness+. Ia juga menaik taraf storan awan kepada iCloud+ bersama ruang 2TB. Bagaimanapun, tiada pelan peribadi disediakan. Hanya ada pelan untuk langganan keluarga.

Jika mahu menggunakan seorang diri, boleh melanggan Apple One peribadi RM19.90/bulan bersama Fitness+ berharga RM19.90/bulan secara berasingan. Ini menjadikannya berjumlah RM39.80/bulan untuk peribadi.

Tiada Apple News+

Untuk pengguna di Australia, Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat., mereka turut menerima Apple News+ dalam langganan Apple One Premier. Ia menyediakan ratusan akhbar dan majalah untuk bacaan dengan mudah di peranti.

image is not available

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

Apple One boleh mula dilanggan di Malaysia

Apple Music akan datang dengan sokongan lagu Lossless, Spatial dan Dolby Atmos tanpa caj tambahan

Apple TV+, servis strim TV baru yang tidak terhad pada produk Apple