Penjual Nasi Goreng Guna Robot Untuk Memasak Lepas Tangan Kiri Sukar Digerakkan Akibat Kemalangan

Entertainment
17 Oct 2021 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini viral di media sosial Indonesia tentang seorang penjual nasi goreng yang menggunakan alat seakan robot untuk memasak menu di gerainya.

Menurut Tribunnews, penjual itu mula mendapat perhatian netizen setelah videonya memasak menggunakan alatan tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai revan.z22.

@revan.z22

#nasigoreng #fyp #xd #malang #kuliner #kulinermalang

♬ 𝙍𝙤𝙙𝙤𝙠𝙎𝙖𝙧𝙪⚣︎ – ᴳᵂ々𝓢𝓪𝓭𝓫𝓸𝔂×፝֟͜×

Penjual yang dikenali sebagai Dartadi itu merupakan pemilik sebuah gerai di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Alat yang digunakan olehnya pula difahamkan telah diperbuat daripada sejenis logam yang tidak berkarat.

Alat tersebut akan membantunya mengacau rempah ketika memasak nasi goreng kerana tangan kiri penjual itu sukar digerakkan akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

image is not available

Yang hebatnya lagi, alat itu telah dibuat sendiri oleh Dartadi. Pemilik video yang dikenali sebagai Soleh pula berkongsi dengan Tribunnews bahawa dia sendiri memang sering membeli nasi goreng di gerai itu.

Menurut pelanggan di situ juga, rasa nasi goreng itu tak ada bezanya dengan yang dibuat dengan tangan sebab memang sedap.

image is not available

Rata-rata netizen juga memuji usaha peniaga makanan itu yang tidak menjadikannya kekurangannya sebagai halangan untuk bekerja seperti orang lain.

Sumber: Tribunnews, TikTok @revan.z22

Baca: [VIDEO] Kekurangan Fizikal Bukan Penghalang! Wanita Ini Pamer Skill Ikat Rambut Dan Pakai Tudung Guna Sebelah Tangan Sahaja!

image is not available

TikTok @revan.z22

TikTok @revan.z22

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.