Tuan rumah baik hati tawar peluang kedua, tapi ini yang dibalas oleh penyewa...

21 Oct 2021 • 8:08 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SEPERTI tongkang pecah.

Itulah reaksi SinarPlus sebaik melihat keadaan sebuah rumah sewa yang tidak diurus dengan baik.

Namun, tanpa disangka-sangka, penyewanya adalah dua orang wanita sahaja yang mendiami tempat berteduh itu.

Menerusi seorang pengguna Facebook, Suhaila Sujak beliau juga mengakui sangat terkejut apabila rumahnya berubah selepas disewakan kepada dua individu terbabit.

image is not availableCeritanya, tatkala kaki melangkah masuk ke dalam rumah itu, hidungnya terus 'menyucuk' bau najis kucing.

Jika diamati dalam gambar yang dikongsikan, dari ruang tamu hingga ke bilik dan dapur, semuanya serba-serbi tunggang-langgang.

image is not available

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mengakui tidak sanggup untuk berkongsi foto tandas yang lebih 'dahsyat' penangannya.

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, begitu juga rupanya. Saya sental bilik air, dapur dan bilik. Bagi peluang (kedua) kepada mereka namun tak sangka 10 bulan terjadi lagi," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh penyewa itu.

Foto Facebook Suhaila Sujak

The post Tuan rumah baik hati tawar peluang kedua, tapi ini yang dibalas oleh penyewa... appeared first on Sinar Plus.