Belanjawan 2022: Bantuan One-off Sebanyak RM2,000 Untuk Keluarga Isi Rumah Lebih 3 Anak

Entertainment
29 Oct 2021 • 5:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Membawa tema ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’, Belanjawan 2022 akan membawa tiga elemen utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Menerusi insentif ini, kerajaan memperuntukkan bentuk baru bagi bantuan secara kewangan dengan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Insentif ini merupakan bantuan secara one off sebanyak RM2,000 disalurkan kepada isi rumah melebihi 3 orang anak dan pendapatan kurang RM2,500.

image is not available

Selain itu, Bantuan Awal Persekolahan RM150 akan dihulurkan kepada 3 juta murid secara anggaran bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

image is not available

Bagi golongan mahasiswa pula, kira-kira 600,000 pelajar IPT di seluruh negara akan menerima manfaat inisiatif peranti siswa keluarga berbentuk sebuah tablet bagi pelajar-pelajar golongan B40.

Peminjam skim PTPTN pula akan menikmati diskaun bayaran balik sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk pelangsaian penuh pinjaman, 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

image is not available

Sumber: Astro Awani

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.