Honor 50 ada sistem GMS, Google Pixel 6 guna cip Google Tensor & Apple AirPods 3 RM829 | SBM #41

Digital
26 Oct 2021 • 4:22 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Antara isu yang diketengahkan dalam episod minggu ini, apa perkara baru di MacBook Pro 2021? Kenapa Shopee berhenti letak nombor telefon pembeli pada bungkusan? Boleh ke muat turun aplikasi Google di Honor 50? dan banyak lagi isu lain yang dikupaskan.

1. Denda dan penjara menanti pengguna e-skuter di tempat yang tak sepatutnya

Penggunaan e-skuter di atas jalan raya tidak dibenarkan sejak Januari 2021. Tetapi, tular video menunjukkan pengguna e-skuter berada di atas jalan raya dalam keadaan berbahaya dan membahayakan orang lain. Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan penjara sehingga 3 bulan dan/atau denda sehingga RM1,000.

Berita penuh di sini.

image is not available

2. Google Pixel 6 | 6 Pro: Spesifikasi dan harganya

Pixel 6 sudahpun dilancarkan secara rasmi oleh Google dalam satu livestream. Asasnya ia dibahagikan kepada Google Pixel 6 Pro dan Google Pixel 6. Di AS, ia boleh didapati serendah USD599 sekitar RM2,490. Paling menarik padanya adalah pada cip Google Tensor, cip hasilan sendiri yang menguasakan telefon ini.

Spesifikasi telefon di sini.

image is not available

3. Instagram kini boleh muat naik video & gambar di komputer

Pengguna Instagram kini sudah boleh memuat naik video dan gambar melalui komputer. Anda boleh lihat, di sebelah ikon mesej, ada satu simbol tambah (+) yang baru. Anda diberi pilihan sama ada drag atau pilih gambar dan video dari komputer untuk di muat naik.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

4. 10 perkara baru di MacBook Pro 2021

Apple baru sahaja perkenalkan MacBook Pro 14 dan MacBook Pro 16. Ada banyak perbezaan antara MacBook baru ini, berbanding MacBook Pro sebelumnya. Antaranya ialah Apple meningkatkan kehebatan cip mereka dengan melancarkan M1 Pro dan M1 Max.

Ketahui lebih lanjut mengenainya di sini.

image is not available

5. Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia

Telefon pintar Honor kembali dengan sistem Google Mobile Services boleh digunakan di dalamnya. Malaysia telah terpilih sebagai pasaran pertama untuk Honor 50 dilancarkan di luar China. Ada dua varian Honor 50 dengan harga serendah RM1,699.

Spesifikasi telefon di sini.

image is not available

6. Shopee berhenti letak nombor telefon pada bungkusan, elak di salah guna

Bermula 21 Oktober Shopee umumkan bahawa nombor telefon pelanggan tidak akan disertakan lagi pada Air Waybills J&T Express dan Ninja Van. Namun, nombor pelanggan pada Air Waybills masih akan disertakan jika pengeposan dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan Poslaju dan City-Link Express.

Berita penuh di sini.

7. Apple AirPods 3 mirip versi Pro tetapi masih tiada satu fungsi penting

Apple telah lancarkan generasi ketiga AirPods, dengan rupa serba baharu lebih mirip dengan AirPods Pro, tanpa bud getah. Ia dijual pada harga RM829. AirPods 3 kini menyokong teknologi Audio Spatial.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available