Polis Ukraine Serbu Tempat Cetakan Sijil Vaksin Palsu, Siap Buat Siaran Langsung Kat TV

Entertainment
31 Oct 2021 • 10:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis di Ukraine telah menyerbu tempat cetakan sijil vaksin palsu baru-baru ini. Usaha ini dibuat selepas hampir separuh penduduk negara Eropah itu masih enggan menerima vaksin tetapi mahu mendapatkan ‘pengesahan’ penerimaan vaksin.

image is not available

Salah satu serbuan itu turut disiarkan di kaca televisyen yang menyaksikan sekumpulan polis lengkap bersenjata menangkap seorang doktor yang menjual sijil vaksin palsu di pasaran gelap negara itu.

image is not available

Bilangan kes Covid-19 di Ukraine yang melibatkan kematian adalah sangat tinggi. Kerajaan Ukraine sedang berusaha untuk meyakinkan penduduknya untuk mendapatkan vaksin bagi menamatkan pandemik dengan lebih cepat.

Menurut Reuters, kira-kira tujuh juta daripada 41 juta warga Ukraine lengkap divaksin dan tinjauan mendapati 50% orang dewasa negara itu menolak untuk menerima vaksin.

image is not available

Bagi meningkatkan bilangan penerima vaksin, kerajaan Ukraine telah mewajibkan penerimaan vaksin sekiranya mereka mahu bekerja, dine-in, dan menghadiri acara sukan. Usaha ini menyebabkan segelintir penduduk negara itu keluar untuk menerima vaksin.

Walau bagaimanapun, ada penduduk yang mengambil kesempatan mengeluarkan sijil vaksin palsu untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti mereka yang telah divaksin.

Video serbuan yang dimuatnaik @Reuters boleh ditonton dibawah.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.