Jemaah Haji & Umrah Boleh Memohon Visa Melalui Aplikasi Telefon Pintar – Kerajaan Arab Saudi

9 Oct 2021 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita baik untuk umat Islam yang berhajat untuk menunaikan ibadah umrah dan haji dalam masa terdekat. Kerajaan Arab Saudi telah melancarkan aplikasi telefon pintar untuk pendaftaran biometrik bakal jemaah haji dan umrah.

image is not availableMenurut laporan Harian Metro, Arab Saudi adalah negara pertama di dunia yang membenarkan pendaftaran biometrik pada telefon pintar untuk pengeluaran visa secara elektronik.

Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal Farhan telah melancarkan aplikasi telefon pintar itu yang akan dilaksanakan operasinya oleh syarikat dari Arab Saudi untuk penyelesaian visa dan perjalanan.

image is not available

Visa akan dikeluarkan secara dalam talian (online) tanpa perlu mengunjungi pusat visa secara fizikal untuk mendaftarkan biometrik mereka di negara masing-masing.

Proses pemadanan biometrik jemaah akan dilakukan semasa mereka tiba di Arab Saudi melalui darat, laut dan lapangan terbang di negara itu.

Lepas ni senang lah kalau nak pegi umrah, apply visa online je. Mudah

 

Baca: Umrah Pasca Covid-19:  Ini Keadaan Semasa Di Mekah, Saf Lebih Rapat & Kuliah Agama Dibenarkan

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.