Instagram Kini Membolehkan Dua Orang Berkolaborasi Melakukan Perkongsian Atau Reel Sama

TechnologyDigital
19 Oct 2021 • 11:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan ciri perkongsian melalui desktop, Instagram juga turut memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan Collabs.

image is not available

Melalui Collabs, Instagram membolehkan dua pengguna untuk berkongsi sebuah perkongsian atau Reel yang sama. Dengan langkah ini, kedua-dua pengguna boleh melakukan terbitan gambar atau video sama, dan seterusnya berkongsi komen dan juga bilangan interaksi seperti Like dan sebagainya.

Gambar yang diterbitkan juga akan diperlihatkan pada profil kedua-dua pengguna.

image is not available

Untuk melakukan perkongsian bersama, salah seorang pengguna perlu menjemput pengguna kedua berkenaan – dan perkongsian boleh dilakukan selepas jemputan berkenaan diterima.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula minggu ini, sekaligus membuka kepada pelbagai kaedah baharu dalam berkolaborasi antara penerbit kandungan di dalam Instagram.