Instagram Akhirnya Membolehkan Anda Berkongsi Gambar Dan Video Pendek Terus Daripada Desktop

TechnologyDigital
19 Oct 2021 • 11:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram hari ini mengumumkan kemaskini dan pengenalan beberapa ciri baharu pada platform mereka. Salah satunya adalah kebolehan untuk berkongsi gambar dan video ke Instagram terus melalui desktop.

image is not available

Ciri ini akan diaktifkan bermula hari Khamis ini secara berperingkat kepada semua, membolehkan pengguna berkongsi gambar, dan juga video bawah seminit terus melalui desktop.

Langkah ini akan memudahkan lagi pengguna berkongsi gambar terus daripada kamera ke Instagram, tanpa perlu memindahkannya ke telefon seperti sebelum ini.

Pengenalan ciri ini semestinya mengemarkan ramai pengguna Instagram – terutamanya di desktop. Sebelum ini, Instagram sedia membenarkan pengguna melayari perkhidmatan berkenaan melalui desktop, selain pada masa yang sama menghantar dan menerima DM melalui desktop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved