Kerap periksa rekod log masuk akaun Google, anda mungkin di-hack tanpa sedar

TechnologyDigital
11 Oct 2021 • 12:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Sekiranya hacker memiliki akses kepada akaun Google anda tidaklah bermakna dia perlu menukar kata laluan dan terus meminta tebusan. Berkemungkinan besar akaun Google anda ialah gerbang kepada lebih banyak data berharga, contohnya sekiranya anda gunakan akaun Google untuk log masuk servis lain seperti Spotifi, Netflix, ataupun segala macam laman Sign-in with Google.

Kesan anomali pada rekod log masuk

Di telefon, anda boleh pergi ke Setting > Account dan cari akaun Google yang ingin anda pantau. Kemudian tekan Google Account untuk dapatkan maklumat lanjut.

image is not available

Dalam halaman akaun, cari tab Security dan skrol ke bawah untuk cari bahagian Recent security activity. Tekan Review security activity untuk dapatkan maklumat lanjut.

Ada macam-macam cara nak kesan sama ada akaun Google anda telahpun dieksploit. Salah satu daripadanya ialah dengan mengesan daripada manakah ia dilog masuk. Daripada manakah termasuklah daripada gajet apa ataupun daripada mana.

image is not available

Di sinilah senarai log masuk ke dalam akaun Google anda akan dibentangkan. Berdasarkan rekod log masuk, saya dapati yang ada log masuk menggunakan LG Optimus LTE2 pada 30 September 2021, jam 09:39 pagi. Saya tak pernah miliki gajet ini, jadi saya rasakan akaun Google saya telah ditembusi.

Jadi, saya tukarlah kata laluan.

image is not available