Pelan 5TB terbaru Google One boleh dilanggan pada harga serendah kira-kira RM90/bulan

Digital
13 Sep 2021 • 9:45 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Google One ialah servis storan awan yang boleh anda langgan pada harga serandah RM8/bulan untuk 100GB sekiranya ruang 15GB percuma tidak mencukupi.

Sekarang, Google One menyediakan satu pelan baharu, pelan yang sediakan ruang storan paling banyak untuk gantikan pelan 2TB sebelum ini. Pelan 5TB boleh dilanggan pada harga RM107.49/bulan ataupun RM1074.99/tahun.

image is not available

Pelan dengan storan besar amat sesuai dilanggan jika anda ingin berkongsi kos dan anda tidaklah gunakan storan sebesar itu dalam masa singkat. Misalnya, 5TB dikongsi 6 bersama 6 orang, pengiraannya akan jadi:

  • Setiap orang akan dapat sekitar 833GB data
  • Setiap orang menyumbang kepada sekitar RM15/bulan

RM15/bulan lebih berbaloi daripada RM12/bulan untuk pelan Standard 200GB apabila anda dapat lebih 3 kali ganda storan.

Sumber: Amanz