Kes harian Covid-19 naik sedikit, catat 7,950 jangkitan baharu

13 Oct 2021 • 2:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 OKT: Angka kes harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 7,950 kes hari ini berbanding 7,276 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook memaklumkan pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 2,361,529 kes.

Sementara itu, berdasarkan maklumat daripada portal COVIDNOW jumlah kes sembuh pula mencatatkan 10,555 menjadikan angka keseluruhan 2,217,057 kes.

 

The post Kes harian Covid-19 naik sedikit, catat 7,950 jangkitan baharu appeared first on Selangorkini.