Vivo Mengacah V21 Dengan Warna Neon Spark Yang Menyala Dalam Gelap

TechnologyDigital
11 Oct 2021 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V21 kami nobatkan sebagai antara peranti fotografi mampu milik terbaik untuk tahun ini, yang mana turut tersenarai dalam peranti terbaik untuk hari Raya. Ia hadir dengan skrin 6.44-inci AMOLED FHD+ 90Hz, dijana cip Dimensity 800U, dipadankan dengan memori 11GB RAM (termasuk memori maya) dengan storan 128GB serta bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Kamera peranti ini adalah 44 Megapixel untuk swafoto dengan OIS, tri-kamera belakang 64+8+2 Megapixel dan dijual pada harga bermula RM1599 dengan pilihan warna Artic White antara penawaran terkini di Malaysia.

Terkini, Vivo mengacah kehadiran warna baharu pula – iaitu Neon Spark. Warna yang lebih kurang sama ini sudah digunakan oleh dua lagi jenama di bawah BBK Electronics, Oppo dan Realme. Ia adalah neon hijau dengan kesan menyala dalam gelap dan merupakan warna yang gila terang.

Buat masa ini, ia hanya diacah oleh Vivo India dan tidak pasti sama ada ia akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak. Apa pendapat anda dengan warna sebegini selepas pasaran peranti dibanjiri warna cerun dan warna ala pelangi?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved