HomePod Mini Ditawarkan Pula Dalam Tiga Warna Baharu

TechnologyDigital
19 Oct 2021 • 9:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HomePod Mini ialah satu-satunya speaker pintar yang masih dijual oleh Apple. Saiznya lebih kompak dan padat tetapi masih menyokong ciri yang sama dengan model lebih besar. Pagi tadi HomePod Mini telah dikemaskini dengan tiga warna baharu iaitu oren, biru dan kuning.

image is not available

Tiada perubahan telah dilakukan pada perkakasan kerana masih lagi sama seperti model yang dilancarkan sebelum ini. Ciri lama seperti kawalan suara menerusi Siri, tambatan kepada lebih dari satu HomePod mini untuk audio yang lebih menyeluruh, kawalan peranti berhubung IoT di rumah dan sokongan Apple TV 4K juga dikekalkan. Buat masa ini HomePod Mini masih lagi ditawarkan secara terhad di beberapa pasaran terpilih pada harga $99 (~RM413) sebuah.