Reka bentuk grafik lebih segar, MODENAS Pulsar NS200 buat ramai teruja untuk beralih ke segmen motosikal lebih besar

Cars
12 Oct 2021 • 7:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
MODENAS Pulsar NS200

TAMPIL dengan pilihan skema warna dan reka bentuk grafik lebih segar, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) baru-baru ini memperkenalkan MODENAS Pulsar NS200 dengan ciri tarikan baharu buat peminat.

Ramai teruja apabila melihat reka bentuk grafik yang lebih mengancam dengan tiga pilihan rona dinamik iaitu Plasma Blue, Burnt Red dan Pewter Grey.

Ciri baharu itu nampaknya berjaya mencuri perhatian kaki motor yang ingin beralih ke segmen motosikal yang lebih besar.

image is not available

Jenama itu dalam kenyataan berkata, motosikal street bike keluaran MODENAS yang pertama kali dilancarkan pada Mei 2017 itu telah terjual lebih daripada 8,000 unit di seluruh negara.

“Secara tidak langsung menjadikan varian berdaya saing itu sebagai salah satu motosikal street bike paling popular dalam negara, lebih-lebih lagi ditambah pilihan skema warna dan grafik lebih segar.

image is not available

“Ciri terbaharu itu menambah daya tarikan selain dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan dikuasakan dengan enjin 200cc DTS-i yang menghasilkan kuasa maksimum 18kW serta tork maksimum 18.6Nm,” kata kenyataan itu.

Baca juga Pulsar RS200 versi 2021 lebih elegan, mengancam

Bagi mereka yang tertanya-tanya prestasi varian street bike jenis naked tersebut, Modenas Pulsar NS200 menawarkan perjalanan lebih lancar dengan penggunaan bahan bakar yang sempurna.

image is not availableSelain itu, varian yang dijual pada harga RM9,655 (tanpa insuran dan cukai jalan) untuk edisi 2021 itu turut dilengkapi dengan penyerap teleskopik hadapan, sesendal atau ‘bush’ antigeseran.

Menariknya, gandingan sistem suspensi belakang jenis gas dari Nitrox itu menawarkan pengalaman menunggang yang mantap dan menyeronokkan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

image is not availableDengan kepelbagaian ciri canggih yang ada pada motosikal tersebut mendorong MODENAS untuk terus melangkah ke hadapan dan memberikan kepuasan terbaik buat pengguna seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.modenas.my atau terus mengunjungi bilik pameran MODENAS sah berhampiran anda.

The post Reka bentuk grafik lebih segar, MODENAS Pulsar NS200 buat ramai teruja untuk beralih ke segmen motosikal lebih besar appeared first on Sinar Plus.