Jangan Kata Buku, Manusia Pun Korang Boleh Pinjam Di Perpustakaan ‘Rare’ Ini

3 Oct 2021 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalunya, kita hanya akan melawat perpustakaan kalau nak pinjam buku atau guna Wi-Fi percuma untuk siapkan tugasan. Kalau pelajar universiti pula, mereka akan ke library semata-mata untuk aircond atau pun ketika musim exam.

Namun, nampaknya fungsi perpustakaan zaman sekarang ni dah jadi lebih advanced sebab ada sebuah library di Copenhagen, Denmark yang menyediakan khidmat untuk meminjam manusia, lapor Kompas.com.

image is not available

Dikenali sebagai Human Library, perpustakaan di situ membenarkan pengunjung untuk meminjam seseorang sama ada untuk mengadakan perbincangan secara ilmiah atau untuk berkongsi kisah hidup dan pendapat.

Topik perbincangan pula ada bermacam-macam jenis, contohnya kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang kehidupan agama lain, isu gangguan seksual atau isu kesihatan mental. Pendek kata, semua jenis soalan boleh ditanya asalkan individu yang dipinjam tu mahu jawab persoalan kita.

image is not available

Namun, masa yang dibenarkan untuk meminjam individu ini hanyalah selama 30 minit tau. Pengasasnya iaitu Ronni Abergel mengatakan, dia memulakan inisiatif itu sejak 2000 sebab nak bantu hilangkan sikap prejudis antara sesama manusia supaya semua orang akan lebih memahami tentang kehidupan masyarakat lain.

Disebabkan ramai yang berminat dengan gerakan The Human Library, difahamkan, inisiatif ini telah dikembangkan ke negara-negara lain juga.

Sumber: Kompas.com, Syok 

Baca: “Siapa punya idea ni?” – Ada Bentuk Macam Bakul ‘Picnic’, Ini 4 ‘Design’ Bangunan Unik Di Dunia

image is not available

Syok

Syok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.