Jenama Gaming SteelSeries Akan Diambil Alih Oleh Pembuat Alat Pendengaran GN Store Nord Untuk RM4.9 Bilion

TechnologyDigital
6 Oct 2021 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda seorang gamer yang sering mencari aksesori-aksesori permainan komputer dan video yang terbaru, anda pasti mengenali syarikat pembuat aksesori gaming SteelSeries yang cukup terkenal untuk tetikus, papan kekunci dan fon kepala kelas gaming mereka.

Reuters baru-baru ini melaporkan bahawa GN Store Nord, syarikat pembuat alat pendengaran dari Denmark mengesahkan bahawa mereka telah mengambil-alih syarikat tersebut pada nilai $1.25 bilion (RM4.9 bilion) daripada pemilik jenama tersebut, Axcel, iaitu sebuah syarikat ekuiti swasta yang juga berasal dari Denmark.

image is not available

GN Store Nord, melalui jenama GN Audio mereka dilaporkan mahu memasuki pasaran audio gaming, dan selepas melakukan penyelidikan pasaran, telah mengesahkan bahawa pengambilalihan jenama SteelSeries adalah yang terbaik untuk membantu mereka memasuki pasaran tersebut, khususnya kerana mereka juga mempunyai pangkalan utama di Denmark.

Pengambil-alihan ini dijangka akan perlu melalui proses pengesahan oleh badan-badan Kesatuan Eropah terlebih dahulu sebelum ia disahkan, yang dijangka akan dimeterai sekitar awal tahun hadapan.

Sumber: Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved