Infinix Zero X Neo Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Dijana MediaTek Helio G95, Zum Sehingga 60X

TechnologyDigital
6 Oct 2021 • 12:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada komputer riba, jenama yang berpangkalan di Hong Kong ini turut sama mengumumkan mengenai ketersediaan sebuah lagi peranti baharu untuk pengguna di Malaysia.

Peranti berkenaan adalah Infinix Zero X Neo. dan ia juga telah sedia diiklankan menerusi kedai atas talian rasmi Infinix di Shopee. Menariknya lagi, harga jualan untuk peranti pintar ini turut telah disenaraikan pada RM899 dan ketersediaannya adalah bermula 10 Oktober 2021.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Zero X Neo dilengkapi skrin bersaiz 6.78-inci LCD beresolusi FHD+ dan menyokong kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Baterinya pula adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

image is not available

Tetapan kamera adalah 48MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Turut difahamkan, ia adalah sebuah peranti yang memfokuskan kepada keupayaan kamera yang didatangkan dengan kebolehan zum sehingga 60X. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.

Beli :

Infinix Zero X Neo