Realme UI 3.0 Untuk Pasaran Luar China Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
4 Oct 2021 • 7:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kalau anda perasan, sebelum ini kami pernah berkongsi mengenai pengumuman Realme yang telah mengesahkan bakal hadir dengan sistem operasi baharu iaitu Realme UI 3.0. Ia dikatakan bakal hadir sekitar bulan Oktober ini, namun maklumat mengenai tarikh pelancaran khusus masih menjadi misteri setakat ini.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, Realme dilihat sekali lagi mengacah mengenai sistem operasi berkenaan. Tetapi, kali ini ia diumumkan bakal ditawarkan untuk pasaran luar China. Perkara ini dikongsi oleh CEO Realme iaitu Madhav Sheth menerusi ciapan terkininya di laman Twitter rasmi. Poster yang dikongsi turut sama mengesahkan ia akan dibina berasaskan Android 12 dan ia akan diedarkan secara berperingkat sehingga pertengahan tahun 2022 akan datang.

Tiada sebarang informasi sama ada Realme UI 3.0 ini akan menggunakan asas Color OS 12 atau kembali pada rancangan asal Realme untuk membangunkan secara tersendiri. Seperti biasa, sama-sama kita nantikah perkembangan lanjut mengenai perkara ini.

Sumber : Realme India