Gara-gara Join Challenge ‘Nama Panggilan’ di Instagram, Gadis Ditipu Siap Transfer Duit!

Entertainment
25 Nov 2021 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ini kalau korang perasaan, Instagram kini meriah dengan challenge yang mana pengguna akan berkongsi lagu kegemaran mereka, filem kesukaan, nama anak dan bermacam-macam lagilah di ruang instastory. 

Jika korang perasaan, terdapat beberapa soalan yang boleh dikatakan agak personal juga ditanyakan seperti nama ibu atau tarikh-tarikh penting, namun netizen tanpa sebarang prejudis telah berkongsi hal tersebut ke media sosial.

image is not available

 

“Pagi tadi teman saya telefon, nangis-nangis abis ditipu katanya” 

Pun begitu, pengguna media sosial dinasihatkan untuk berhati-hati dalam join challenge ini kerana seorang netizen dari Indonesia mendedahkan baru-baru ini sahabatnya telah ditipu scammer gara-gara mendedahkan satu info peribadi.

Menurut @ditamoechtar_ di Twitter, rakannya telah menelefon tempoh hari sambil menangis memberitahu telah ditipu oleh seseorang.

Penipuan itu katanya dilakukan melalui panggilan telefon apabila scammer terbabit meminta rakannya untuk transfer wang kepada individu itu.

Tanpa berfikir panjang, rakan Dita memberi wang berkenaan dan percaya dengan scammer tersebut kerana dia memanggilnya dengan nama ‘Pim’. ‘Pim’ itu menurut rakannya adalah nama panggilan semasa kecil dan hanya orang yang rapat saja tahu nama tu.

Tapi dia tiba-tiba teringat, rupanya dia telah mendedahkan nama tersebut ketika join challenge di Instagram. Alamak… 

 

“Jangan mudah sebar data peribadi”

Menerusi thread tersebut, ramai di kalangan netizen yang berkongsi beberapa jenis challenge yang diikuti netizen tanpa mengetahui bahayanya mendedahkan info peribadi.

Ada juga hingga ke tahap berkongsi tanda tangan sendiri dan gambar kad pengenalan di Instagram. Aduhai! 

image is not available

Oleh itu, netizen yang cakna dalam isu ini menasihatkan agar pengguna media sosial untuk jangan sesuka hati mengikuti trend dengan mendedahkan info peribadi seperti tarikh lahir, nama penuh, nama ibu bapa dan lain-lain.

Ada juga yang mengatakan perkongsian info seperti nama sekolah atau pekerjaan pertama anda juga ada kena mengena dengan password security question yang mana ia digunakan untuk pastikan anda pemilik kepada account tersebut jika terlupa password.

image is not available

Apa-apapun korang diharap berhati-hati dalam terikut-ikut trend di luar sana yang mendedahkan info peribadi buat tatapan ramai. Kalau nak join challenge yang biasa-biasa tak apa. Tapi hati-hati ya gais! 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.