Arab Saudi, Qatar & Kuwait Haramkan Tayangan Filem MCU Eternals Kerana Faktor Ini?

Movie
6 Nov 2021 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Filem terbaharu MCU, Eternals dilaporkan telah diharamkan ditayang di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Qatar.

Difahamkan, filem tersebut sepatutnya ditayangkan di negara Timur Tengah pada 11 November ini. Namun, status tayangan filem Eternals di negara berkenaan ditukar kepada status ‘akan datang’.

Menurut sumber, pihak penapisan filem Arab Saudi, Qatar dan Kuwait telah meminta Disney untuk memotong beberapa adegan yang menunjukkan sisi LGBT. Namun, Disney menolak permintaan ini sekaligus merencatkan proses tayangan filem Eternals di negara berkenaan.

Babak dalam filem Eternals yang diminta untuk dipotong adalah melibatkan adiwira gay pertama MCU, Phastos. Untuk rekod, watak Phastos dimainkan oleh Brian Tyree Henry, manakala suami kepada watak ini, Ben dilakonkan oleh Haaz Sleiman.

image is not available

Babak intim hubungan sejenis di antara Phastos dan Ben menjadi punca pengharaman tayangan filem Eternals memandangkan hubungan homoseksualiti diharamkan di banyak negara terutamanya di negara Timur Tengah.

Pengarah Eternals, Chloe Zhao berkata, dia tidak berniat untuk memotong atau mengubah filem itu terutamanya babak melibatkan Phastos dan suami.

“Penonton perlu berasa dekat dengan terkesan dengan babak ini. Jika tidak, tidak ada gunanya meletakkan babak ini di dalam filem kerana mereka tidak merasakannya”, ujar Chloe Zhao.

Sumber: Collider

image is not available

Sumber: Variety

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.