Skor AnTuTu Realme GT2 Pro Dengan Snapdragon 8 Gen 1 Mencapai Lebih 1 juta

TechnologyDigital
26 Nov 2021 • 3:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme GT adalah siri peranti berkuasa mereka yang ditawarkan pada harga mampu milik. Ia mempunyai spesifikasi bertaraf peranti mercu dan juga memfokuskan gaming. Antara peranti terkini mereka kelak adalah Realme GT2 Pro, pengganti model sebelum ini.

image is not available

Peranti ini dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, dan dalam AnTuTu peranti Realme dengan nombor model RMX3300 telah tersenarai. Ia dikatakan adalah Realme GT 2 Pro dan dilihat mempunyai skor 1,025,215. Skor ini adalah sedikit lebih tinggi daripada cip MediaTek Dimensity 2000 yang menerima 1,002,220.

image is not available
Realme GT Neo2

Dengan peranti Realme baharu ini, ia bukan sahaja akan mencipta penanda aras baharu untuk peranti Android, tetapi turut memperlihatkan bukti MediaTek Dimensity boleh bersaing dengan Snapdragon.

Butiran lanjut peranti ini masih belum didedahkan, sama-sama kita nantikan.