Peranti ZTE Dengan 26GB RAM Dijual Pada Harga Sekitar RM4646

TechnologyDigital
26 Nov 2021 • 3:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ZTE telah pun mengumumkan peranti pertama dunia dengan memori 26GB RAM beberapa minggu lepas. Peranti ini adalah ZTE Axon 30 Ultra Aerospace Edition, iaitu ZTE Axon 30 Ultra yang sedikit lebih “Pro”. Memori sebenar peranti ini adalah 18GB RAM, tetapi versi MyOS terkini menawarkan kemampuan menambah memori maya sebanyak 8GB RAM.

Peranti ini turut hadir dengan storan dalaman 1TB dan setiap pembelian didatangkan dengan TWS ZTE LiveBuds Pro. Peranti ini hadir dalam kotak istimewa dengan tema warna hitam bersama banyak rekaan bertemakan angkasa. Lapik pada kotak turut mempunyai rekaan stesen angkasa mengorbit bumi.

image is not available

Menurut ZTE peranti ini adalah sempena peneroka angkasa di China yang digelar sebagai adiwira negara.

Spesifikasi peranti masih sama dengan ZTE Axon 30 Ultra biasa, iaitu skrin melengkung 6.67-inci AMOLED FHD+, HDR10, 144Hz dan dijana Snapdragon 888. Kamera pula adalah tri-kamera 64MP dengan sensor telefoto periskop 8MP, 16M kamera swafoto dan bateri 4600mAH dengan pengecasan apntas 66W.

image is not available

Peranti dilihat dijual di China sahaja, iaitu RMB 6,998 – sekitar RM4646.