Apple Bakal Jual Alat Ganti iPhone, Boleh Baiki Sendiri Dirumah

TechnologyDigital
18 Nov 2021 • 1:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengguna Apple pasti teruja dengan pengumuman terbaru yang dibuat oleh syarikat berkenaan baru-baru ini tentang Pembaikan Layan Diri yang akan membolehkan pengguna produk daripada syarikat berkenaan membaiki sendiri peranti mereka selain boleh membeli sendiri alat ganti dan peralatan tulen daripada Apple.

Difahamkan pada peringkat permulaan, pembaikan layan diri ini tersedia untuk model iPhone 12 dan iPhone 13 dan difahamkan juga untuk rangkaian komputer Mac yang menggunakan cip M1.

Tawaran ‘Self Service Repair’ ini juga difahamkan bakal diperkenalkan kepada semua pengguna di Amerika Syarikat pada awal tahun depan dan akan turut diperluaskan ke rantau-rantau lain sepanjang 2022!

image is not available

“Semua pengguna produk Apple bakal mempunyai akses kepada semua alat ganti, peralatan dan buku panduan tulen”

Pada peringkat permulaan, difahamkan program ini akan memfokuskan kepada perkara yang biasa dibaikpulih seperti skrin paparan, bateri, dan kamera. Walaupun begitu, difahamkan keupayaan untuk pembaikan tambahan akan tersedia penghujung tahun hadapan. 

Menurut Ketua Pegawai Operasi Apple,Jeff Williams, syarikat berkenaan telah menambah lokasi perkhidmatan yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan khidmat gantian barangan dan peralatan tulen.

image is not available

Bercakap mengenai program pembaikan layan diri ini, pihak Apple meminta agar pengguna membaca dahulu buku panduan pembaikan sebelum membuat sebarang penukaran atau pembaikan keatas peranti.

Difahamkan, terdapat lebih 200 alat ganti dan peralatan yang akan dijual oleh Apple selepas program ini dilancarkan nanti dan buat masa sekarang, belum ada senarai harga yang dikeluarkan bagi setiap alat ganti dan perkakas.

p/s : Katanya pengguna akan mendapat ‘recycle credit’ sekiranya memulangkan bahagian yang diganti tu. Korang rasa macam mana? Berani nak baiki sendiri? 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.