Sistem e-Testing Bakal Diuji Bermula Disember, Bakal Bendung Kes ‘Beli’ Lesen

Entertainment
9 Nov 2021 • 6:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menurut pengumuman dari Bursa Malaysia baru-baru ini, MyEG telah menerima kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mula menguji sistem latihan dan ujian pemanduan automatik atau e-Testing.

Sistem tersebut akan menjadi proof of concept (POC) yang akan menilai keupayaan calon ujian memandu.

Menurut MyEG, proses POC itu akan berlangsung dari 1 Disember 2021 hingga 1 Febuari 2022 sebelum dinilai semula sama ada sistem tersebut sudah sedia untuk digunakan oleh orang ramai.

image is not available

Untuk yang tidak tahu, e-Testing akan menguji kepakaran calon ujian memandu secara elektronik di mana pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan di lokasi ujian. Sebarang arahan dan kesalahan dari calon akan ditegur oleh pemantau dari bilik tersebut.

Sistem e-Testing ini sudah dicadangkan sejak tahun 2018 lagi oleh mantan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke. Tujuan asal sistem ini diperkenalkan adalah untuk meminimakan salah laku yang melibatkan interaksi antara manusia seperti kes ‘beli’ lesen memandu dan kes lesen ‘Kopi O”.

Sebelum ini JPJ pernah menjalankan sesi trial untuk e-Testing di empat institusi pemanduan di Johor. Menjelang Januari 2020, jabatan itu mengumumkan sistem tersebut akan dilaksanakan secara menyeluruh pada Jun tahun itu.

image is not available

Walau bagaimanapun, projek itu tergendala akibat pandemik Covid-19, di mana institusi memandu di serata negara ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini menjejaskan usaha mereka untuk mempercepat perlaksanaan e-Testing.

Haa… lepas ni kurang sikitlah nervous sebab dah takde abang JPJ duduk kat sebelah, kan?

Sumber: Lowyat.net

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.