Gadis Hilang Akhirnya Ditemui Lepas Minta Tolong Guna Isyarat Tangan Yang Pernah Tular Di TikTok

Entertainment
7 Nov 2021 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dengan jutaan pengguna TikTok di seluruh dunia, platform media sosial itu telah menjadi antara yang terkenal dalam kalangan netizen. Setiap hari ada je video yang menjadi viral setelah dimuat naik di situ. Namun, tak dinafikan ada banyak juga kandungan yang bermanfaat yang dikongsikan menerusi media tersebut.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis di North Carolina ini yang berjaya diselamatkan oleh polis daripada menjadi mangsa keganasan kerana dia berjaya meminta tolong mengguna isyarat tangan yang pernah viral di TikTok sebelum ini.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Menurut Insider, gadis yang dirahsiakan identitinya itu telah dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada Selasa lalu. Siasatan polis mendapati dia telah dibawa oleh seorang lelaki berusia 61 tahun yang dikenali sebagai Herbert Brick.

Gadis itu yang dibawa lari dalam sebuah kenderaan kemudiannya telah menunjukkan isyarat tangan meminta tolong yang pernah dikongsikan di TikTok sebelum ini dan nasibnya baik kerana isyarat itu sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Pengguna jalan raya tersebut kemudiannya menghubungi 911 untuk melaporkan tentang perkara itu.

Terdahulu, isyarat tangan minta tolong itu telah dikongsikan secara meluas di TikTok oleh seorang pengguna media sosial itu yang mendemonstrasikan cara menggunakan isyarat tersebut sebagai simbol individu itu dalam bahaya.

Kongsikan isyarat tangan untuk meminta pertolongan ini kepada rakan-rakan perempuan korang supaya kita dapat tolong sesama kaum hawa jika ada perkara yang tidak diingini berlaku nanti. 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.