Peruntuk RM2 juta perkenal geran dana usahawan mikro

26 Nov 2021 • 6:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 NOV: Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) diperkenal bagi membantu peniaga kecil negeri ini meningkatkan hasil jualan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata untuk tujuan itu pihaknya memperuntuk sejumlah RM2 juta untuk menjayakannya.

“Bantuan khas ini diberikan kepada usahawan mikro melalui sembilan daerah. Ia dilihat mampu melahirkan peniaga berdaya tahan.

“Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan dipertimbang untuk menerima bantuan sehingga RM30,000,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari.

Sementara itu Amirudin berkata dana sebanyak RM5 juta untuk Geran Padanan Digitalisasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dilancar April lalu sudah membantu 1,048 syarikat.

“Sehingga 10 November sebanyak 1,500 PKS membuat permohonan dan 1,048 lulus permohonan. Jumlah ini melebihi sasaran awal iaitu 1,000 syarikat PKS,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved