Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
15 Nov 2021 • 5:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony Xperia Pro-I adalah telefon paling berkuasa daripada pengeluar telefon itu. Ia masih lagi telefon dengan satu-satunya paparan 4K UHD dalam pasaran dan untuk iterasi ini, Sony menaik taraf bahagian kamera utamanya.

Harga Sony Xperia Pro-I di Malaysia

Xperia Pro-I di Malaysia boleh didapati pada harga RM7,199. Tempahan awalnya sudahpun dibuka sehingga 15 Disember 2021.

image is not available

Promo pembelian awal juga diadakan dan sebagai antara pembeli awal, anda akan terima mikro-SD 256GB. Promo PWP juga ada:

  • PWP A (Complete Creator's Kit) RM1,668 RM829
  • PWP B (Vlog Monitor Sahaja) RM1,040 RM519

image is not available

Spesifikasi Sony Xperia Pro-I

Xperia Pro-I tampil dengan spesifikasi kamera premium. Ia menggunakan sensor 1" 12MP yang boleh anda temui pada RX100 VII. Ia menjelaskan modul kamera yang agak besar di bahagian belakang. Kalau anda masih ingat, dalam bulan Mei 2021 lalu kami laporkan Sharp Aquos R6 pun ada sensor 1" dan bahagian belakangnya nampak macam sebuah RX0 dilekatkan di bahagian belakang.

image is not available

Xperia Pro-I ada kelebihan kerana bukaan aperturnya boleh berubah sama ada F2.0 ataupun F4.0. Bukaan apertur luas berguna dalam keadaan malap kerana cahaya boleh masuk dalam kuantiti lebih banyak berbanding F4.0.

Kelebihan F4.0 pula adalah mengehadkan cahaya bila berada dalam keadaan yang terang dan pada masa yang sama meghasilkan gambar yang lebih tajam, relative kepada F2.0.

image is not available

Bersama-sama kamera utama itu, Sony turut membekalkan kamera telefoto 12MP (50mm) dan ultralebar 12MP (16MP), bersama-sama sebuah kaemra 3D iTOF untuk menentukan kedalaman medan.

Komponen premium itu diselitkan bersama ciri premium. Ia boleh merakam video 4K pada kadar 120fps dengan kemampuan autofokus superpantas sepanjang masa.

image is not available

Walau apapun, Xperia Pro-I masih sebuah telefon. Bahagian mukanya ada panel OLED 6.5" pada resolusi 4K dan refresh rate 120Hz. Atas papan utama, ia dilengkapi SoC Snapdragon 888, storan 512GB dan RAM 12GB. Storannya boleh diperluas melalui slot hibrid.

image is not available

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,5000mAh dengan pengecasan pada kadar 30W.

Bacaan berkaitan