Google Chrome Desktop Kelak Boleh Terus Mengambil Dan Menyunting Tangkapan Layar

TechnologyDigital
11 Nov 2021 • 3:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Chrome tidak pernah berhenti menawarkan fungsi dan ciri menarik pada pelayar web mereka, tidak kira untuk desktop atau telefon pintar. Walaupun sudah ada pesaing yang lebih baik, tetapi disebabkan ia sudah lama dan sudah ada ramai pengguna – masih ramai yang setia dengan pelayar web ini.

Terkini selepas diperkenalkan untuk telefon pintar, Google mula membawakan kemampuan tangkapan layar sesebuah laman web dengan hanya tekan ikon kongsi ke desktop. Pengguna akan nampak ikon kongsi di bar alamat, tekan sahaja akan ada pilihan tangkapan layar atau dalam contoh ini tangkapan skrin.

image is not available

Apa yang menarik adalah, Google kelak akan menawarkan kemampuan menyunting terus imej ini selepas diambil terus dari pelayar web. Kemudian akan ada butang muat turun untuk muat turun hasil tangkapan layar tadi. Dalam ujian tadi, fungsi suntingan masih tidak boleh digunakan dan hanya ada place holder.

image is not available

Ia juga hanya boleh dicuba pada Chrome Canary dengan mengaktifkan flags yang tersembunyi. Bila ia akan ditawarkan kepada semua masih menjadi tanda tanya, sama-sama kita nantikan.