Padankan Galaxy Z Flip3 5G & Galaxy Z Fold3 5G anda dengan 2 ahli terbaharu ekosistem Samsung ini

Digital
1 Nov 2021 • 10:49 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung

Samsung Galaxy Z Flip3 5G dan Galaxy Z Fold3 5G adalah dua telefon boleh lipat terhangat masa ini. Mereka adalah antara yang terawal merealisasikan telefon boleh lipat untuk kegunaan ramai.

image is not available

Sungguhpun berdepan beberapa masalah di awal pengenalannya, dalam hanya tiga iterasi, produk ini semakin menjadi norma dalam kalangan pengguna.

Disebabkan mereka tegar dan terus membangunkan idea telefon lipat berbekalkan maklum balas penggunannya, ia kini menjadi ahli premium dalam ekosistem Samsung dan sesiapa sahaja yang menggunakannya tentu sekali akan mendapat perhatian ramai.

image is not available

Kalau anda salah seorang pengguna Samsung Galaxy Z Flip3 5G ataupun Samsung Galaxy Z Fold3 5G, apa kata anda sertakan bersamanya dua aksesori daripada ekosistem superluas Samsung sebagai jadi pendamping setia bagi licinkan kerja-kerja harian sama ada dalam waktu kasual ataupun waktu kerja.

image is not available

Siri Samsung Galaxy Watch4

Aksesori pergelangan tangan daripada Samsung ini bukan sekadar tugasnya menunjukkan masa, bahkan banyak lagi. Apabila Siri Galaxy Watch4 ditambat pada telefon, anda boleh senantiasa dimaklumkan tentang notifikasi masuk seperti mesej, panggilan, e-mel dan sebagainya tanpa perlu mengangkat telefon.

image is not available

Anda bolehlah, contohnya, mengoptimumkan masa anda dengan cara memilih mesej mana yang lebih tinggi prioritinya dengan yang tidak. Tidaklah anda menghadapi risiko terlepas pandang e-mel penting ataupun panggilan mustahak.

image is not available

Bagusnya jam tangan pintar yang diperkenalkan Samsung kali ini ialah ia menggunakan sistem operasi Wear OS hasil pembangunan bersama Samsung dengan Google tapi masih mengekalkan rekaan antara muka yang lama agar pengguna tidak terkejut dengan perubahan ini. Ada pelbagai aplikasi menarik yang boleh anda pasang daripada Google Play Store.

image is not available

Samsung memperlengkap Siri Galaxy Watch4 dengan sensor penjejak kesihatan yang canggih. Ia boleh mengukur peratusan lemak dalam badan, kandungan air badan, dan macam-macam parameter kesihatan dengan pantas.

image is not available

Setiap aktiviti kecergasan turut direkodkan dan disimpan dalam Samsung Health agar anda boleh pantau tahap kesihatan anda atauapun sekiranya anda nak bandingkan data dengan rakan-rakan terdekat malalui Samsung Health.

Samsung Galaxy Buds2

Galaxy Buds2 adalah sepasang True Wireless Stereo (TWS) dengan ciri Active Noise Cancelling (ANC) paling mampu milik dalam penawaran Samsung. Penyaring hingar adalah fungsi yang penting dalam aksesori audio peribadi masa ini kerana anda pastinya akan memakai earfon dalam pelbagai keadaan.

Dalam keadaan bunyi bising keliling sewaktu pergi ke kerja dalam pengangkutan awan, anda tentunya ingin mendengar muzik kegemaran ataupun menjawab panggilan telefon tanpa dicemari frekuensi-frekuensi luar.

Melalui APP telefon pintar, anda boleh pilih tiga tahap penyaringan bergantung pada sebanyak mana bunyi luar yang anda nak dengari. Kalau anda masih ingin dengar orang bersembang, anda boleh pilih High.

image is not available

Dilengkapi dengan pemacu bunyi dinamik, anda beroleh soundstage yang luas dan seimbang daripada sudut bass yang dalam dan treble yang jelas.

Memakainya dalam tempoh yang panjang pastinya bukan masalah disebabakan pada hanya 5g seunit, ia adalah TWS Samsung paling ringan pernah dihasilkan.

image is not available

Maklumat itu penting kerana satu bateri penuh Galaxy Buds2 boleh berikan waktu berkhidmat selama sekitar 5 jam ataupun sejumlah 20 jam sekiranya anda mengambil kira tenaga yang terkandung dalam bekas penyimpanannya.

image is not available

Perkara menarik tentang Galaxy Buds2 adalah anda boleh sambungkannya pada Galaxy Z Fold3 5G/Z Flip3 5G dan Siri Galaxy Watch4 sekaligus. Dengan fungsi Auto Switch, ia cukup pintar untuk pilih sumber audio sama ada telefon ataupun jam tangan.

Makanya, pengalaman menjawab telefon sewaktu sedang menonton video kegemaran jadi sangat lancar.

Rasai kehebatan ekosistem Samsung hari ini

Semua ahli dalam ekosistem Samsung bersinergistik antara satu sama lain. Dalam kata lain, mereka berhubung sesama sesama sendiri secara telus dan licin. Setiap mereka memiliki kelebihan masing-masing dan apabila diintegrasikan dalam kehidupan seharian, ia nyata memudahkan. Berikut adalah senarai semua ahli ekosistem Samsung yang dipetik dalam artikel ini.

Siri Galaxy Z

Galaxy Buds2