“Confuse aku naik Grab ke ambulans” – [VIDEO] Netizen ‘Salute’ Tengok Cara Driver Jaga Sop

Entertainment
2 Nov 2021 • 5:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biarpun dah nampak penurunan, kes harian jangkitan Covid-19 ini masih tinggi dan menular di luar sana biarpun majoriti dalam populasi kita sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. Ini bermakna kita masih lagi sedang berhadapan dengan ancaman virus itu.

Disebabkan itu lah, mungkin ada seorang pemandu Grab ini membuat satu tindakan yang menjadi tumpuan para netizen di TikTok sehingga meraih 1.2 juta tontonan dalam masa sehari.

 

Grab dah macam ambulance

image is not available

Dalam video itu lelaki yang dikenali sebagai @tengkuasmadi ada menggunakan perkhidmatan e-hailing, dia rasa terkejut apabila melihat keadaan dalam kereta di mana pemandu itu buat penghadang menggunakan plastik lut sinar.

Bagaimanapun, untuk memastikan keselesaan, ada saluran di buat daripada penghawa dingin tempat duduk depan kereta menggunakan sebuah alat untuk penumpang.

@tengkuasmadi

Grab dah macam ambulance #grab

♬ Oh No – Kreepa

Selepas melihat video itu, ramai netizen di ruangan komen memuji sikap pemandu tersebut yang begitu patuh dalam menjaga SOP, malah ada yang anggap pemandu tersebut seorang yang bertanggungjawab kerana tidak mahu merisikokan penumpang lain.

 

Kalau aku, aku bagi rate 10 bintang – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya samada dia dapat penghawa dingin atau tidak bagaimanapun ramai yang tertarik dengan kreativiti pemandu itu untuk jaga keselamatan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.