‘Lebih Unggul’: Verstappen Tinggalkan Hamilton Untuk Juarai GP Mexico

8 Nov 2021 • 8:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Verstappen mendahului perlumbaan di selekoh pertama dan unggul menamatkan perlumbaan tanpa dicabar. - Gambar AFP

MEXICO CITY - Max Verstappen melintasi garisan penamat dengan selesa di tempat pertama untuk menjuarai GP Mexico dan meninggalkan juara bertahan Lewis Hamilton untuk mengakui jentera Red Bull ‘jauh lebih unggul’.

Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kedua memandu jentera Mercedesnya, tetapi terpaksa menahan saingan lewat dari Sergio Perez yang juga memandu untuk Red Bull.

“Kereta mereka lebih unggul dan tiada apa yang kami boleh lakukan untuk menyaingi mereka,” kata Hamilton.

Verstappen, yang mendahului perlumbaan di selekoh pertama, menamatkan perlumbaan 16.555 saat di hadapan Hamilton dengan Perez ketinggalan sesaat lagi.

Pelumba Belanda itu melebarkan jurang kelebihannya di carta kejuaraan dunia Formula Satu kepada 19 mata daripada Hamilton dengan baki empat perlumbaan musim ini.

“Perjalanan musim ini masih jauh lagi.

“Ya sekarang ini keadaan tampak menyebelahi kami tetapi situasi boleh berubah dengan pantas,” kata Verstappen. - AFP