MediaTek Akan Mempertontonkan Sokongan WiFi 7 Pada Awal Tahun 2022

TechnologyDigital
19 Nov 2021 • 8:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

MediaTek hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan 4nm pertama mereka, dan pada masa yang sama, turut berkongsi yang mana mereka akan mempertontonkan teknologi WiFi 7 pada awal tahun 2022 pada acara CES.

image is not available

WiFi 7 dijangka menawarkan kelajuan yang lebih pantas berbanding WiFi 6E pada hari ini – iaitu sehingga 2.4 kali ganda. Disamping itu, ia juga dijangka menawarkan kadar pendam lebih rendah, selain rangkaian yang lebih baik dan tidak terganggu dengan rangkaian berhampiran.

Buat masa ini, WiFi 7 masih bertahun lagi daripada pengenalan rasmi bersama produk untuk pengguna umum. Namun, pihak MediaTek tidak ingin ketinggalan, dan ingin menjadi antara terawal mempertontonkan teknologi berkenaan bersama penawaran mereka.