Netflix Menguji “Kids Clips” Untuk iOS – Klip Pendek Seakan TikTok Untuk Kanak-Kanak

TechnologyDigital
10 Nov 2021 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Netflix turut baru-baru ini menguji satu ciri baharu untuk Netflix Kids, iaitu video pendek seakan TikTok khusus untuk kanak-kanak. Seperti Fast Laugh untuk semua pengguna iOS dan Android, ia akan memaparkan klip-klip lucu daripada pelbagai siri, filem dan animasi – Kids Clips akan memaparkan kandungan-kandungan mesra kanak-kanak.

image is not available

Apa yang membezakannya lagi dengan Fast Laugh adalah, ciri ini ditawarkan secara melintang dan tidak seperti TikTok tonton secara menegak. Buat masa ini, ia hanya terpapar kepada pengguna iOS terpilih sahaja. Melalui ciri ini, ia akan membuatkan kanak-kanak boleh cari kandungan yang ingin ditonton atau terus saksikan klip pendek yang akan menghiburkan.

Adakah ini satu ciri yang baik atau di sebaliknya? Adakah anda akan menggunakan ciri ini atau lebih biasa menggunakan pemantauan manual untuk kanak-kanak?