Honor 50 Lite sah hadir ke Malaysia bulan ini

Digital
15 Nov 2021 • 1:04 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honor Malaysia meneruskan momentum pelancaran produk mereka di sini apabila mengumumkan akan melancarkan satu lagi telefon pintar hujung bulan ini. Selepas berjaya membawakan Honor 50 dengan kehebatan kamera vlog, tidak lama lagi Honor 50 Lite pula akan menyusul.

Menurut Honor, telefon pintar Honor 50 Lite akan mula menemui peminat di Malaysia bermula 25 November 2021. Malah, ia akan dikenakan harga berpatutan. Dalam kata lain, lebih mampu dimiliki berbanding Honor 50.

image is not available

Untuk rujukan, Honor 50 Lite telah dilancarkan di Eropah pada harga EUR299 (~RM1,424). Tetapi memandangkan harganya di Eropah adalah separuh daripada Honor 50 256GB iaitu EUR599, jadi kita boleh buat rumusan yang sama iaitu harga di Malaysia juga separuh. Bermakna, Honor 50 256GB di sini berharga RM1,999, separuh daripada harga itu untuk Honor 50 Lite dijangka adalah RM999.

Spesifikasi

Sama seperti Honor 50, Honor 50 Lite juga dilengkapi dengan Google Mobile Services (GMS) dan Android 11. Bermakna, ada Google Playstore dan boleh pasang aplikasi Google di dalamnya. Maklumat tentang kuasa pemprosesnya masih belum diketahui, tetapi ada yang mengatakan ia adalah cip Snapdragon 662. Dalam kata lain, ia tiada 5G.

image is not available

Skrinnya berukuran 6.67-inci HD Penuh, jenis LCD dengan kadar penyegaran 60Hz. Pengimbas capjari pula terdapat di tepi, digabungkan dengan butang kuasa. Kamera hadapannya ada satu iaitu 16MP. Tetapi agak pelik kerana ia terletak di dalam lubang bujur, seolah-olah ada 2 kamera padanya.

image is not available

Kamera belakangnya ada empat, dalam modul bulat besar seperti rupa Huawei Mate 20 dahulu. Kamera tersebut adalah kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP.

image is not available

Honor 50 Lite didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh. Kehebatan yang ditonjolkan pada telefon ini adalah sokongan pengecasan pantas 66W, membolehkan ia mengecas penuh dari 0-100% dalam masa 39 minit sahaja.

Honor 50 Lite akan datang dalam tiga pilihan warna: Deep Sea Blue, Midnight Black, dan Space Silver.

image is not available

Bacaan Berkaitan