Honor 50 Lite Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999

TechnologyDigital
18 Nov 2021 • 12:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor 50 Lite merupakan penawaran baharu daripada Honor untuk pengguna di Malaysia. Ia bakal ditawarkan secara rasmi bermula 25 November ini dengan harga jualan RM999. Lebih menarik, setiap pembelian untuk Honor 50 Lite didatangkan dengan hadiah percuma bernilai RM300. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti kedai atas talian atau pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

image is not available

Untuk spesifikasi pula, Honor 50 Lite merupakan sebuah peranti dengan janaan cip Snapdragon 662. Skrin pula adalah berukuran 6.67-inci LCD dengan resolusi FHD+. Selain itu, Honor 50 Lite juga dibekalkan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

image is not available

Tetapan kamera pula adalah 64MP+8MP+2MP+2MP, manakala kamera hadapan sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – NFC, menjalankan MagicUI 4.2 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti Deep Sea Blue, Space Silver dan Midnight Black.