“Boleh kan cakap baik-baik?” – [VIDEO] Staf Sekolah Memandu Halau Ibu, Anak Sampai Terketar Suara Tahan Marah

Entertainment
3 Nov 2021 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak-sejak negara kita sudah tidak lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak operasi industri mula dijalankan semula seperti biasa.

Disebabkan itu, ramai juga yang mula pergi ke pejabat atau tempat-tempat penting untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh sebelum ini. Betul lah tu, Min pun baru je lepas renew lesen…

Namun, lain pula cerita yang dikongsikan oleh seorang gadis di akaun TikTok miliknya iaitu @heyowshu. Dalam video itu, terjadi satu insiden yang menyebabkan dirinya terpaksa bertindak seperti itu. Apa pula yang jadi ni?

@heyowshu

ya allah apa sekalipon tolong lah jangan biadap ngan orang tua itu paling aku pantang…nak jatuh air mata aku tengok muka mak aku tadiimage is not available

♬ original sound – 𝖘𝖍𝖚 – 𝖘𝖍𝖚

Menerusi video itu, dia merakam insiden di mana dia terpaksa bersuara selepas staf di sebuah sekolah memandu menghalau ibunya sebelum mendengar penjelasan dan seolah-olah seperti malas mahu melayan persoalan dari ibunya.

“Aku okay ja.. Tapi kalau dah sampai halau mak aku, ni dah lebih laa”

Gadis itu yang dikatakan berani oleh netizen di bahagian komen, mendapat pujian kerana boleh untuk menyuarakan ketidakpuasan hati walaupun suaranya telahpun kedengaran terketar-ketar akibat tahan rasa marah. Eh, mestilah.. Dia pun cuba untuk tak tinggikan suara…

image is not available

Rata-rata menyuarakan pendapat mereka bahawa staf tersebut seharusnya bersifat profesional dan juga menghormati orang tua. Ini kerana, ramai yang menilai dari cara staf itu bercakap dengan gadis tersebut juga kedengaran agak melampau.

Difahamkan gadis itu telah memuat naik sambungan video mengenai insiden itu. Korang boleh klik di sini untuk menonton video tersebut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.