Tips Membeli Rumah Pertama

1 Nov 2021 • 6:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Tips Membeli Rumah Pertama

Photo by PNW Production from Pexels

Impian setiap manusia pastinya mengimpikan sebuah rumah yang cantik dan selesa untuk keluarga tercinta ataupun diri sendiri. Di Malaysia harga rumah secara keseluruhannya masih lagi dalam kemampuan ramai orang jika dibandingkan dengan negara jiran kita Singapura. Di sana harga sebuah rumah pangsa pun mencecah hampir RM700,000. Oleh sebab itu, ramai pekerja rakyat Malaysia sanggup berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura kerana kos yang terlalu tinggi jika menyewa atau membeli rumah di sana.

Di Malaysia pula, ia bergantung kepada kawasan rumah tersebut. Sebagai contoh kawasan tengah bandar Kuala Lumpur harga semestinya agak tinggi, akan tetapi mereka yang bekerja di bandar mentropolitan itu boleh memilih rumah di daerah berdekatan.  Ada sahabat saya yang bekerja di Bangsar memilih untuk duduk di Puchong kerana harga rumah yang lebih berpatutan dan murah. Tetapi, kita mesti merancang perjalanan untuk ke tempat kerja dengan lebih mudah. Banyak tips yang boleh kita tengok sebelum membeli rumah pertama.

PASTIKAN TUJUAN UNTUK PELABURAN ATAU TINGGAL DI RUMAH

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Selain kerja hakiki, lebih 50% rakyat Malaysia yang bekerja memang akan membuat kerja sambilan tambahan atau perniagaan sampingan. Bukan semata kerana duit sahaja, akan tetapi ada sesetengah dari mereka lebih kepada minat untuk menceburi bidang perniagaan semasa bekerja. Bidang hartanah juga adalah salah satu cabang bisnes yang baik pada musim endemik Covid-19. Untuk membeli rumah pertama, kita harus membuat keputusan sama ada hendak menjadikan rumah tersebut sebagai rumah pelaburan atau rumah untuk kita duduk.

Setiap keputusan tersebut akan mempengaruhi harga dan spesifikasi rumah yang akan kita beli. Jika untuk pelaburan, kita harus memilih rumah yang boleh mendatangkan keuntungan untuk jangka masa pendek yang tinggi. Selain itu, kita kena lihat potensi penyewa untuk membayar bayaran bulanan atau dapat keuntungan secara pasif dari penyewa. Jika kita memilih untuk duduk pula, pilihlah rumah pada harga yang murah jika boleh kerana kita akan membayar bayaran bulanan sepenuhnya.

PILIH LOKASI YANG SESUAI

Photo by Ryutaro Tsukata from Pexels

Pemilihan lokasi adalah perkara terawal bagi memudahkan pencarian rumah selepas kita mengenal pasti tujuan kita beli rumah tersebut. Untuk rumah yang kita duduki, lebih sesuai untuk kita cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja, ia adalah bonus kerana bergantung kepada lokasi tempat kerja juga. Jika kita bekerja di lokasi elit seperti Damansara, Bangsar, Mont Kiara agak sukar untuk mencari lokasi yang baik kerana ia akan mempengaruhi bajet kita. Jika tiada yang berdekatan, kita boleh memilih yang berdekatan dengan akses lebuhraya dan stesen kereta api bagi memudahkan perjalanan harian kita.

BERSEDIA DARI SEGI KEWANGAN

Photo by Pixabay from Pexels

Ramai juga yang terkesan dan tersekat dengan kewangan untuk membeli rumah pertama. Halangan ini menjadi satu sebab terbesar mengapa rakyat Malaysia ada yang masih belum mampu untuk miliki rumah pertama. Hampir 2 tahun yang lalu ini, kita semua melalui fasa kehidupan yang luar biasa. Ada yang kehilangan kerja, diberi cuti tanpa gaji, gaji dipotong dan perniagaan terpaksa ditutup. Ada juga yang rasa bersyukur kerana musim Covid-19 ini mereka mendapat pekerjaan bidang baru dan dapat pulangan yang lumayan. Fakta menunjukkan harga rumah adalah pada paras yang paling sesuai untuk membeli kerana faktor ekonomi yang dalam fasa pemulihan.

Bagi yang bekerja, elakkan membuat hutang yang tidak perlu seperti pinjaman peribadi, kad kredit had tinggi, barangan rumah yang mahal atau gajet. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi kelulusan pinjaman rumah kita. Kita harus bersedia dan mengira dengan bijak komitmen yang kita harus bayar untuk miliki rumah. Sebagai contoh, jika gaji kita RM3,000, kita sudah mampu membeli rumah pada harga RM200,000 – RM300,000. Kalau gaji RM3,000 tetapi mempunyai komitmen hutang yang lain sebelum membeli rumah kemungkinan pinjaman anda akan gagal. Rancang perjalanan wang kita setiap bulan.

Bagi yang bekerja sendiri atau perniagaan, terdapat banyak ciri yang boleh kita buat dahulu sebelum membuat permohonan pinjaman. Contohnya, setiap transaksi wang keluar masuk boleh direkodkan dalam akaun tahunan syarikat sendiri atau jualan yang deposit ke dalam bank. Tidak lupa juga penyata cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menunjukkan kita membayar cukai pada kerajaan. Hal ini akan memudahkan proses pinjaman kita. Selain itu, kita boleh bersedia dari segi anggaran harga rumah. Sebagai contoh, pendapatan bersih pendapatan perniagaan sekitar RM10,000 – RM15,000. Harga rumah yang boleh kita miliki adalah sekitar RM450,000 – RM500,000. Selalunya bank akan membuat anggaran 20% potongan pinjaman rumah daripada pendapatan kita. Selamat mencari rumah!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.