JPJ Minta Orang Ramai Buat Laporan Jika Nampak Kereta Pakai Nombor Plat ‘Fancy’

Entertainment
5 Nov 2021 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang mesti pernah tengok dekat atas jalan orang pakai nombor plat pelik-pelik, kadang-kadang tu sampai susah nak baca.

Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memuat naik posting di Facebook memberi peringatan kepada pengguna jalan raya bahawa memasang nombor plat yang mengelirukan adalah salah di sisi undang-undang.

ADALAH SUATU KESALAHAN MEMASANG NOMBOR PENDAFTARAN (NO. PLAT) MENGELIRUKAN, KABUR ATAU ‘FANCY'”

Pihak JPJ turut meminta agar orang ramai memasang nombor pendaftaran mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.”

ADALAH SUATU KESALAHAN MEMASANG NOMBOR PENDAFTARAN (NO. PLAT) MENGELIRUKAN, KABUR ATAU ‘FANCY’Orang ramai dinasihatkan…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Wednesday, November 3, 2021

Jabatan ini turut memuat naik beberapa gambar contoh menunjukkan kenderaan yang tidak memakai nombor plat yang tidak menepati spesifikasi ditetapkan.

image is not available image is not availableimage is not available

Selain itu, JPJ juga meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan, kabur atau fancy ini menerusi email aduantrafik@joj.gov.my.

Ha, kalau korang ada nampak lepasni, ambil gambar dan buat aduan cepat-cepat. Penting jugak ni, kalau kabur susah nak detect nombor plat bila jadi apa-apa.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.