“Patut mak marah kalau hilang” – Ramai Kongsi Kisah Makanan Dalam Tupperware Selamat Dari Banjir

Entertainment
28 Dec 2021 • 1:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain caserolle bunga-bunga selalu borong dekat Langkawi, obsesi mak-mak dengan Tupperware pun tak boleh disangkal tau!

Mak mana je yang tak marah kalau kita tertinggal atau terhilangkan bekas-bekas Tupperware dekat rumah tu? Mahu tujuh hari tujuh malam mengungkit. Hahahaha

Macam yang korang tahu, baru-baru ini negara kita dilanda banjir dan banyak kawasan-kawasan yang tak pernah kena banjir habis dinaiki air.

Disebabkan banjir ini juga, banyak barang-barang seperti perabot rumah, kereta dan dokumen-dokumen penting hilang dan rosak hingga tak boleh digunakan lagi.

Namun menerusi media sosial, tular beberapa gambar menunjukkan makanan yang diletakkan di dalam Tupperware terselamat dari banjir tau!

“Patutlah mak kita hangin kalau hilang”

Antara gambar yang tular adalah Tupperware berisi keropok yang dilihat berlumpur di bahagian luar tapi isinya masih kelihatan elok dan tak berair.

Ada juga yang kongsikan bekas mereka tak masuk air walaupun terendam dalam banjir sampai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bantu mangsa banjir pun terkejut tau.

image is not available

Bukan dua ni je tau, korang boleh tengok sendiri dekat bawah ni review-review mangsa banjir yang cakap barang-barang dorang masih elok walaupun Tupperware hanyut dek banjir.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Rata-rata netizen, kagum dengan kualiti bekas makanan dari jenama terkenal ini. Ada yang sampai cadangkan untuk letak dokumen penting dalam tu supaya tak rosak lagi kena banjir. Good idea jugak eh?

image is not available

Wahhh, makin ramailah orang beli Tupperware. Korang lepas ni jangan nak persoalkan lagi eh obsesi mak mak kita dekat jenama Tupperware ni!

Sumber: Facebook

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.