Selepas iPhone, Kini Realme GT 2 Pro Turut Dilihat Akan Hadir Dengan Storan 1TB

TechnologyDigital
10 Dec 2021 • 11:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nampaknya, peranti dengan storan 1TB akan menjadi salah satu trend baharu pada 2022 selepas diperkenalkan bersama siri iPhone 13 sebelum ini. Melalui gambar tertiris hari ini, ia memperlihatkan Realme akan menyertakan storn sehingga 1TB melalui telefon akan datang mereka, Realme GT 2 Pro.

Pada masa yang sama, gambar tertiris turut memperlihatkan ia akan dilengkapi memori 12GB RAM + 3GB RAM maya, selain dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Realme GT 2 Pro juga dilihat akan hadir dengan sistem operasi Android 12 secara terbina.

image is not available

Dengan pelbagai penawaran ini, tidak mustahil ini menjadi telefon pintar berharga paling tinggi yang pernah dikeluarkan oleh Realme.

Buat masa ini, tarikh pengenalan Realme GT 2 Pro masih tidak diketahui lagi.