Realme GT 2 Pro datang dengan rekaan menarik beserta cip Snapdragon 8 Gen1

Digital
1 Dec 2021 • 10:42 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Realme tidak menunggu panjang untuk mula merembeskan teaser-teaser menarik berkaitan flagship 2022 yang bakal mereka lancarkan. Cakap-cakap ada kedengaran tentang Realme GT 2 Pro yang akan menduduki segmen ultrapremium untuk jadi yang pertama seumpamanya dalam keluarga Realme.

image is not available

Ada satu imej render 3D dikeluarkan berdasarkan maklumat-maklumat yang ada boleh anda dapati di Internet. Rekaan Realme GT Pro kelihatan unik pada bahagian kamera belakangnya. Bonjol kameranya mengalir seperti kontur pada Oppo Find X3 Pro dan modul kameranya melintang seperti Nexus 6P.

image is not available
Realme GT 2 Neo, siri GT paling berkuasa di Malaysia setakat ini

Salah satu maklumat rasmi yang Realme kongsikan adalah produk ini akan jadi antara yang terawal menggunakan Snapdragon 8 Gen 1, pengganti Snapdragon 888 yang diumumkan tak lama dulu. Beberapa spekulasi berkaitan spesifikasi Realme GT 2 Pro adalah seperti berikut:

  • RAM 12GB LPDDR5
  • Storan sehingga 512GB
  • Paparan AMOLED 6.51" dengan 120Hz segar semula
  • Kamera utama 50MP dengan kamera selfie 32MP

Di Malaysia, Realme GT yang paling berkuasa boleh anda dapatkan setakat ini adalah Realme GT Neo 2 yang dilengkapi Snapdragon 870 5G. Harga Realme GT Neo 2 adalah RM2,099 di Lazada dan Shopee.

Sumber: 91Mobiles

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved