Viral Foto Tak Jaga SOP, KKM Arahkan Kaunter Diskaun Saman Ditutup

10 Dec 2021 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berikutan dengan tular foto dan video orang bersesak di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC yang baru sahaja dilancarkan semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kompaun kepada penganjur tersebut.

 

Sepatutnya jadi contoh baik – KJ

Menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi satu kenyataan berkata, penganjuran majlis rasmi kerajaan ini sepetutnya menjadi contoh baik kepada mana-mana agensi dan orang ramai dalam melaksanakan program yang sepatutnya mengamalkan garis panduan SOP yang telah ditetapkan.

“Kejadian yang berlaku amat dikesali dan mengecewakan apabila pihak penganjur sebelum ini telah menyatakan komitmen untuk memastikan program tersebut akan dianjurkan dengan pematuhan SOP yang ketat di samping aktiviti pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan yang berterusan.”

Katanya lagi, tiada penjarakan fizikal dan tiada kawalan jumlah pengunjung yang hadir memberi risiko berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

Berikutan dengan kejaidan ini, pihak KKM telah mengularkan satu kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan (Akta 342) bernilai RM 1,000 kepada pihak penganjur bagi kesalahan gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan.

Disamping itu, kaunter pembayaran saman PDRM dan JPJ yang disediakan di KLCC akan ditutup serta-merta bermula petang ini. Maklumah lanjut mengenai kaedah pembayaran saman dan tawaran diskaun akan dimaklumkan pihak PDRM.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.