“Sekali Upin Ipin kena bahan” – Tersingkir Piala AFF, Twitter Rasmi FAM Diserang Fans Garuda

Entertainment
20 Dec 2021 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pertembungan bola sepak antarabangsa malam tadi melihatkan skuad Harimau Malaya tumpas pada pasukan Garuda dengan kedudukan akhir Malaysia 1-4 Indonesia.

Keputusan tersebut sekaligus mengakibatkan Malaysia tersingkir dari saingan Piala AFF Suzuki 2020 setelah tampil di tempat ketiga dalam kumpulan B, di mana hanya dua pasukan teratas sahaja yang akan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Malaysia bermula garang apabila pemain di bahagian tengah, Kogileswaran Raj meledakkan gol pembukaan seawal minit ke 13. Walau bagaimanapun, skuad Indonesia nampak tidak mudah patah semangat.

image is not available

Sebelum tamat separuh masa pertama lagi, penyerang pasukan Garuda, Irfan Jaya berjaya membolosi gawang gol Malaysia sebanyak dua kali pada minit ke 36 dan 43. Separuh masa kedua melihatkan skuad Indonesia menjaringkan dua lagi gol melalui Pratama Arhan dan Elkan Baggott.

Hasil perlawanan semalam juga melihatkan Indonesia gah menakhluk kumpulan tersebut dengan jumlah mata yang sama dengan Vietnam, namun mempunyai kelebihan pada jumlah jaringan gol terkumpul.

Twitter FAM teruk kena bahan

Macam yang kita tahu, persaingan antara Malaysia dan Indonesia akan sentiasa mendapat tumpuan dari kedua-dua negara.

Susulan dari kekalahan besar itu, akaun Twitter rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diserang teruk oleh netizen dari negara seberang yang dilihat mentertawakan keputusan malam tadi.

Ciapan dari FAM itu menerima lebih 2 ribu komen, di mana rata-ratanya merupakan peminat bola sepak dari Indonesia

image is not available

Namun, ada di antaranya yang boleh dikatakan menghiburkan apabila mereka mula memasukkan watak dari kartun Upin Ipin  sebagai meme untuk ‘bahan’ Malaysia. Sampai Upin Ipin pun kena ni, aduhai…

image is not available

Bukan semuanya berfikiran negatif

Dalam setandan pisang, bukan semuanya busuk. Menjenguk lanjut di ruang komen post tersebut, ada juga beberapa pengguna dari negara tersebut yang berfikiran terbuka untuk terus positif.

Lebih mengharukan, ada juga yang mendoakan keadaan negara kita yang kini dilanda banjir. Bertikam lidah macam mana sekalipun, kita tetap serumpun!

image is not available

Biasalah adat permainan, ada masa menang, ada masa kalah. Tak apa Harimau Malaya, come back stronger!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.