Nama Model Siri Kad Grafik Intel Arc Alchemist Tertiris

TechnologyDigital
17 Dec 2021 • 2:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Intel dijangka akan melancarkan siri kad grafik pertama mereka yang dinamakan Intel Arc Alchemist di acara CES 2022 dan kini, ia hampir pasti bahawa mereka akan melancarkan lebih daripada satu model SKU kad grafik ini.

Maklumat baru tertiris melalui kemaskini perisian kad grafik Intel yang menunjukkan kehadiran empat kad grafik Intel Arc Alchemist, yang dinamakan Arc Alchemist A380, Arc Alchemist A350, Arc Alchemist A370M dan Arc Alchemist A350M.

image is not available

Dua daripada model pertama mungkin ialah kad grafik kelas desktop, manakala dua model dengan nama M berkemungkinan ialah model untuk komputer riba. Spesifikasi mengenai kad-kad grafik ini masih tidak diketahui lagi, tetapi model-model ini mungkin adalah kad grafik kelas pertengahan dan mampu milik sahaja.

Ia dilaporkan bahawa Arc A380 berkemungkinan akan hadir dengan prestasi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Super, manakala Arc A350 akan hadir dengan prestasi sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050.

Apa-apa pun, kita akan menunggu kehadiran kad-kad grafik ini dengan harapan ia akan membantu sedikit sebanyak dengan masalah bekalan kad grafik yang masih membelenggu golongan gamer sehingga hari ini.

Sumber: VideoCardz