Intel Mengingatkan Orang Ramai Bahawa Mereka Akan Melancarkan Kad Grafik Arc Alchemist Pada Tahun Hadapan

TechnologyDigital
10 Dec 2021 • 7:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelbagai pengumuman yang sudahpun mula tiba untuk jenama-jenama komputer pada awal tahun hadapan, orang ramai tidak boleh dipersalahkan untuk melupai bahawa Intel akan memperlihatkan penawaran kad grafik pertama mereka pada tahun hadapan.

Ia dijangka bahawa Intel akan memperlihatkan kad grafik Arc Alchemist mereka pada acara CES 2022 kelak, dan melalui video acah terbaru mereka yang baru sahaja diperlihatkan, Intel akan mula menjual kad grafik ini pada suku pertama 2022 juga.

Melalui video baru ini, Intel memperlihatkan sebuah kad grafik mereka yang menggerakkan sejumlah permainan moden yang mungkin hadir pada resolusi dan tetapan tinggi, tetapi apa yang lebih menarik ialah kad grafik yang dilihat nampaknya menggunakan satu kabel PCIe 8-pin, yang mana kami menjangkakan bahawa Intel akan hadir dengan beberapa model kad grafik dibawah siri Arc Alchemist ini.

Apa-apa pun, kita akan sama-sama menunggu pengumuman lebih lanjut mengenai pelancaran dan juga prestasi kad grafik ini tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved