Masak Char Kuey Teow Di Majlis Kahwin Sendiri, Ramai Puji Kisah Cinta Peniaga & Doktor Ini Sweet!

Entertainment
27 Dec 2021 • 2:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang masih ingat lagi tak pertemuan pertama dengan suami, isteri, tunang atau kekasih korang? Ada yang bertemu melalui orang tua, ada yang bertemu ketika bekerja dan ada juga yang berkenalan dengan cara tidak sengaja.

Tapi kisah yang admin nak kongsikan ini sangat unik dan boleh dikatakan sweet lah sebab ia macam kisah cinta yang korang baca dalam novel atau drama TV.

Menerusi perkongsian @haidahrl_ di TikTok, dia telah memuat naik video abangnya sedang memasak Char Kuey Teow buat isterinya di majlis perkahwinan mereka sendiri.

image is not available

Dalam majlis itu, tanpa menghiraukan busana pengantin kotor, pasangan ini kelihatan gembira sambil memasak char kuey teow untuk dimakan bersama. Wah menarik! 

 

“Dulu abang aku niaga char kuey teow tepi jalan…” 

Menurut pengguna TikTok ini, pertemuan abangnya dan kakak ipar bermula ketika abangnya berniaga char kuey teow di tepi jalan.

Seorang gadis katanya sering mengunjungi kedai itu untuk memesan makanan dan abangnya pun cubalah ‘mengorat’ gadis itu.

@haidahrl_

Dulu abang aku niaga char kuew teow tepi jalan, ada awek ni selalu datang gerai dia. Abang aku pun try try ngorat, rupa rupanya dia tu doktor image is not available

♬ Dondang Dendang – Noraniza Idris

Namun abangnya terkejut apabila mendapat tahu gadis tersebut rupanya seorang doktor dan dia berasa agak segan untuk mendekatinya lagi.

Tapi bak kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Gadis itu juga rupanya menyimpan perasaan kepada abangnya dan akhirnya mereka berkahwin. So sweeet! 

Menurut mStar, idea memasak char kuey teow di majlis perkahwinan itu telah diusulkan oleh keluarga pengantin kerana ia makanan kegemaran pengantin perempuan. Pengantin juga katanya hanya makan char kuey teow air tangan suaminya saja.

image is not available

“Saya mula berniaga di Shah Alam pada tahun 2017. Pada tahun sama, saya berkenalan dengan isteri. Masa tu kami tak kenal antara satu sama lain, dia datang sebagai pelanggan dan jatuh hati dengan masakan saya. 

“Bermula sebagai pelanggan, kami kemudiannya mula bertegur di Instagram. Selepas itu kami mula berkawan rapat. Disebabkan itu, famili bagi idea untuk buat kelainan supaya saya masak char kuey teow dalam majlis ini. 

“Saya masak khusus untuk isteri sebab dia sangat suka char kuey teow. Dia memang makan char kuey teow saya saja. Ketika memasak dalam majlis itu, saya tak fikir sekiranya baju pengantin bau asap. Saya cuma nak gembirakan tetamu,” katanya.

 

“Drama: suamiku abang kuey teow” 

Rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan dan mengakui kisah cinta mereka seakan drama di TV. Ada juga yang berhajat mahu berniaga char kuey teow kerana ingin mencari jodoh. Macam-macam ye korang! 

image is not available

Selamat pengantin baru buat pasangan ini. Semoga bahagia hingga ke jannah! 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.