“Psycho gila”- Gadis Buat Report Polis, Dakwa Kena Rakam Senyap-senyap Dalam Kedai Runcit!

Entertainment
8 Dec 2021 • 2:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dapat dinafikan, kejadian kena rakam dengan orang yang tidak dikenali di negara kita boleh dikatakan kerap berlaku. Malah, ianya boleh terjadi di mana-mana sahaja.

Bukan itu sahaja, manusia yang tidak bertanggungjawab seperti ini sering kali merakam secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang ramai supaya mereka terlepas dan tidak tertangkap. Namun, kadang-kadang perbuatan mereka tetap juga ‘kantoi’ dan membuatkan orang lain tidak selesa.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi akaun TikToknya, dia merakamkan kejadian dirinya mengalami gangguan tersebut dari lelaki yang tidak dikenali dalam sebuah kedai runcit. Ishh! Seramnya!

@__shesni

Area Kota Damansara, be careful semua terutama girls #fyp #awareness

♬ original sound – __shesni – __shesni

Creepy betul lah! Korang make sure jangan sorang-sorang je kalau keluar pergi mana-mana okay? Rata-rata netizen di bahagian komen mengatakan bahawa gadis itu sungguh berani dan juga bernasib baik kerana tidak diapa-apakan oleh lelaki tersebut.

image is not available

 

Bukan itu sahaja, ada juga yang menulis tindakan yang mungkin mereka akan lakukan sekiranya dapat tahu diri mereka dirakam oleh orang yang tidak dikenali secara senyap-senyap.

“Kalau aku tu dah rampas dah fon die campak luar” – Komen netizen

Buat laporan polis lepas tengok sendiri di CCTV kedai

Tidak berhenti di situ sahaja, gadis tersebut bertindak dengan meminta izin dari pemilik kedai untuk melihat video rakaman penuh CCTV bagi membuktikan bahawa lelaki tersebut benar-benar merakam dirinya.

Hasil dari tontonan CCTV itu, ternyata lelaki itu memang jelas mengikuti gadis itu sepanjang dia berada dalam kedai tersebut dan dia segera melakukan laporan polis mengenai kejadian tersebut.

image is not available

“Aku dah tunjuk kat polis video dia rakam aku, video CCTV and memang jelas nampak dia follow aku dari awal lagi. Aku taktau dia rekod atau tangkap gambar tapi memang nampak handphone tu dia tala kat aku” – Gadis dalam video

Perkongsian video gadis itu mendapat pujian ramai kerana menjadi menjadikan ia sebagai iktibar dan juga kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati walau dimana mereka berada kerana di hujung video itu juga, gadis itu turut memberi nasihat untuk sentiasa berwaspada.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.